Wednesday, August 29, 2012

Glamor beri anak susu ibu

di petik dari artikel paper metro 29/08/2012

MEMBEKALKAN anak dengan susu badan secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama kehidupannya seharusnya dijadikan satu kemestian bagi memastikan bayi memperoleh khasiat kolosterum yang terkandung dalam susu ibu.
Bahan semula jadi terbabit bukan saja penting untuk perkembangan dan pembangunan bayi, malah memberi manfaat berterusan sepanjang hidupnya. 
Susu ibu yang kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata sememangnya mampu melindungi bayi kerana ia mengandungi vitamin A dan E.

Ia juga berupaya untuk mencegah alahan dan me�ngeluarkan mekonium selain mencegah masalah jaundis yang biasa berlaku di kalangan bayi baru lahir.

Namun, adakalanya akibat kekangan tuntutan kerja dan jarak rumah yang jauh, si ibu mengabaikan keperluan ‘asasi’ anak dan memilih untuk meng�gantikannya dengan memberikan susu formula yang nyata lebih mudah.

Malah, wujud persepsi di kalangan wanita terutama mereka di kawasan bandar yang menganggap penyusuan susu ibu suatu amalan kolot dan tidak mencerminkan status kehidupan moden masa kini.

Pensyarah Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Faridah Idris berkata, penyusuan susu ibu bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia tidak akan hilang ditelan zaman. Selagi ada ibu yang baru melahirkan bayinya maka peluang untuk bayi menerima penyusuan badan tetap ada.

Tetapi menurutnya, tidak dinafikan ramai golongan ibu kini cenderung memberikan bayi mereka susu formula kerana ia lebih mudah dan praktikal serta boleh disesuaikan dengan pengurusan masa kerjaya.

“Mereka seolah-olah lupa dan tidak mengetahui terdapat pelbagai kebaikan sama ada dari segi emosi, ekonomi dan sosial dengan hanya memberi�kan susu badan kepada anak.

“Apabila memberikan anak susu badan, si ibu tadi dapat merasakan dirinya berjaya melakukan sesuatu yang hanya mampu dilakukan seorang ibu saja dan ia sepatutnya menjadi satu kebanggaan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada forum Dilema Wanita Bandar: Tidakkah Glamor Menyusu Susu Ibu?

Forum itu sempena Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Perpustakaan Negara, baru-baru ini.

Dr Faridah berkata, proses menyusu badan juga membolehkan si ibu mengembalikan bentuk badan asal dengan lebih mudah dan membantu dirinya mengurangkan pelbagai tekanan.

Apabila menyusukan bayi, terdapat dua hormon dalam badan yang terbabit dalam proses berkenaan iaitu prolaktin iaitu hormon keibuan yang menyebabkan si ibu berada dalam situasi berehat sama seperti bayi. Hormon oksitoksin pula terhasil secara semula jadi selepas melahirkan bayi dan bertindak balas dengan hisapan puting oleh bayi.

“Menyusukan bayi juga membantu mengecutkan rahim serta mengurangkan lemak yang terkumpul ketika mengandung untuk mengembalikan berat badan ideal si ibu.

“Malah, ia juga berupaya mengurangkan risiko menghidap barah serta menjimatkan masa apabila ingin keluar rumah tanpa perlu membawa barangan bancuhan susu,” katanya.

Bagi Nor Aqilah Nor Kamaruddin, 27, tiada istilah glamor ataupun tidak ketika menyusukan bayi sekiranya apa yang dilakukan si ibu berkenaan untuk kebaikan kesihatan dan perkembangan tumbesaran anak.

Ia suatu tanggungjawab azali yang perlu dilakukan si ibu tanpa memberikan pelbagai alasan yang adakalanya tidak munasabah untuk tidak menyusukan bayi sendiri.

“Tugas ini adalah satu fitrah yang hanya mampu dilakukan seorang wanita bergelar ibu dan seharusnya ia dilaksanakan dengan sempurna serta rasa bangga, bukan sebaliknya.

“Saya tidak pernah menjadikan kesibukan kerja sebagai satu alasan untuk tidak me�nyusukan anak dengan susu badan, sebaliknya akan ‘mencuri’ masa untuk melakukan�nya,” katanya.

Dia yang bertugas sebagai Inspektor Kesihatan di Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, walaupun sering bertugas di lapangan iaitu di luar pejabat, ia tidak pernah sesekali menghalangnya daripada terus menghasilkan bekalan simpanan susu untuk anaknya.

Malah, dia yang kini hamil tujuh bulan anak kedua masih tetap menyusukan anak sulungnya yang berusia setahun tujuh bulan.

“Selagi termampu saya akan melakukan apa saja untuk memastikan anak mendapat segala khasiat dan keperluan tumbesaran.

“Tetapi dalam setiap keputusan yang diambil, ia perlu dilengkapi pengetahuan sama ada melalui pembacaan ataupun mendapatkan pandangan pakar agar ia tidak memberikan kesan memudaratkan sama ada kepada diri sendiri atau anak.

“Justeru, sebagai ibu dan wanita, kita perlu mengetahui tahap kesihatan sendiri kerana anak terutama yang masih kecil memerlukan perhatian khusus,” katanya.

Najwa Mohd Adnan, 29, pula berkata, tanggungjawab memberikan hanya yang
terbaik untuk anak itu perlu dilakukan sebaik mungkin kerana ia sememangnya tiada kaitan dengan rasa glamor ataupun tidak.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, hingga kini dia masih menyusukan anak perempuan sulungnya yang berusia tiga tahun enam bulan serta anak lelakinya berusia setahun dua bulan.

“Saya tidak menganggap ia satu bebanan, sebaliknya melakukannya dengan rasa bangga.

“Untuk memastikan bekalan susu mencukupi saya mengepamnya tiga kali sehari memandangkan anak diletakkan di pusat jagaan,” katanya.

Di samping itu, sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu menjadi simbol dan peringatan kepada wanita dan golongan ibu mengenai sokongan padu dalam usaha memberikan makanan terbaik kepada bayi mereka iaitu melalui susu ibu.

Program ini dianjurkan unit Pemakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia, DBKL dan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya - Titisan Emas.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada 2006 mengenai statistik keseluruhan penyusuan susu ibu menunjukkan peratusan ibu menyusukan badan bagi sesuatu tempoh ialah sebanyak 94.7 peratus.

Walaupun ia mencerminkan kepekaan dan kecenderungan golongan ibu memilih untuk menyusukan bayi, statistik kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan masih rendah iaitu hanya 14.5 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : 29/08/2012

Wednesday, August 15, 2012

timbang berat sebelum raya (minum herbalife)

13/8/2012 my coach dtg umah utk timbang berat aduyai hanya 300 g je yg turun setelah minum kembali herbalife (dlm tempoh 2 mggu) wlaupon tuan empunya badan terkejut tp coach relax je dia just kata xpe it's ok.. katanya umur (ikut perkiraan) muda dari sebelumnye kalori turun (ok la2) aku ingin meneruskan usaha hingga berjaya dan selagi ada budget lebih aku akan teruskan minum herbalife..


Wednesday, August 1, 2012

Back to Herba life

31/7/2012 tergerak sekali lg hati nie pada Herbalife.. alhamdulillah budget pon dh ok so aku mengambil keputusan untuk membeli dan minum balik herba life untuk kesihatan aku dan anak aku (yg still b/feed) wlaupon rata2 org mengatakan yg produk herbalife nie agak mahal (mmg pon) tp dengan hanya aku membeli satu shj (F1 coklat) sudah mencukupi yg penting aku berusaha..wlaupon penurunan berat lambat tp ada nampak perbezaan setelah 1 bulan aku minum F1 + teamix (badan nampak shape) ok la 2.. penurunan berat mmg slow coz kurang minum air kosong agaknya.. Foto di bawah adalah carta segala macam selepas timbang berat..org kata dlm bulan puasa nie la kite senang nak turun berat badan so aku akan start minum balik (tp masa berbuka shj la)


Selamat Hari Penyusuan Susu Ibu

Semenjak aku join Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM) nie macam2 perkara, pelbagai masalah tentang penyusuan dsbg.. dan 1-7 ogos 2012 adalah hari penyusuan susu ibu dan aku berbangga dgn diriku kerana dh bermacam2 masalah yg aku hadapi sepanjang tempoh penyusuan ini antaranya susu x cukup, stok hampir2 nak habis la, dugaan sentiasa menjelma dan aku sering kali bernekad utk meneruskan sehingga anak aku berusia 2 tahun insyallah.. berkat doa dan nekad aku sehingga nur hawa najwa sekarang berusia 1 tahun 3 bulan masih dengan susu ibu wlaupon dah makan makanan lain..

Certificate of Degree (b/feeding)


Certificate of Diploma (b/feeding)